2509

August 18th, 2009 by 2bme

2509…25 years old n 2009…

dah lebih setahun aku biarkan jek blog nih..frenster pon malas2 jek bukak ;)
well, believe it or not (im forced to believe :) ) dah 25 dah aku……

perubahan aku?

final year exam (2008)-passed

career (2009)-passed

relationship(now n then)- failed

haiyoooo mau mandi bunga ka baru okayyyy….

again, i ve no luck in thing called relationship

no matter what, HIDUP MESTI TERUS

working field is not ez, but living alone is rather difficult for me..huhhuhu

ni sume pressure kengkawan dah beranakpinak ar nih..nape la diorg tinggal kan aku… kawen awal2…pastu aku sengsorang….huhu

tp dlm hati aku ni jugak rasa  belum bersedia nak start an entire new life as sumone’s wife…(sebut wife pon meremang tengkuk)

so,mgkin sebab tu aku sentiasa fail dalam relationship…aku pecaya Allah taw yg terbaik utk aku(walaupon aku tak la baeekkk sgttt)

n Allah knows well that im not yet eligible for such heavy responsibility…

*EJA, SUE dah ada baby…gud for both of u ;)
sama gak ngan ERIN, EMA n ramai lagi kawan2 aku…

aku doakan yg terbaik utk korang ;)
WSU 2509 (my 1st car ;) )

Terapi jiwa ;)

February 12th, 2008 by 2bme

segmen khas untuk yang ku sayang(thanx 4 everything)

adik2, abg, kak, mak, and the whole family…is d reason y i m still alive

senyum sepupu2 yg cumey n nakal, mata diorg yg jernih n suci, d sincereness from those eyes..

frenz dat we share luv, laugh n sadness 2gther…

U R MY THERAPY!!!!

StrEss, teNsiOn, fEel uSeLEss, n fEeL aLone….c’mon..dun be dat sad….find UR OWN ThERAPY ;)

Hentikan mentaliti perempuan melayan lelaki

February 11th, 2008 by 2bme

Hentikan mentaliti perempuan melayan lelaki

Oleh: Siti Fatimah Abd Rahman, Fellow Kanan IKIM

Teknik `Cakaran Harimau’ yang dicadangkan oleh seorang penceramah baru-baru ini mendapat liputan muka depan akhbar ini. Teknik urutan ini dikatakan boleh menambat hati suami. Keesokan harinya, dilaporkan pula bahawa ramai wanita menghubungi penceramah itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang tip tersebut. Berita ini juga diterima dengan amat baik oleh lelaki. Ini terpancar dari ruangan Senyum Kambing (oleh kerana karakternya lelaki, maka ia diandaikan mewakili golongan lelaki) yang menyentuh hal ini selama dua hari berturut-turut dan komen Awang Selamat dalam ruangan Bisik-bisiknya pada hari kedua.

Reaksi positif lelaki ini tidaklah menghairankan. Tambah pula, merekalah yang bakal mendapat banyak manfaat darinya. Agak menghairankan bila mana tip seumpama itu diberikan dalam satu seminar untuk golongan setiausaha yang majoritinya wanita. Bukankah mereka sepatutnya diberi pendedahan dan ilmu terkini tentang bagaimana untuk menjadi setiausaha yang lebih berkesan? Saya yakin, tip seumpama ini tidak akan diberikan ketika meraikan sesuatu yang bersifat maskulin, Hari CEO, misalnya. Malah, tiada siapa yang terfikir untuk memberikan tip seumpama itu dalam majlis tersebut. Sambutan yang amat positif terhadap tip ini menggambarkan mentaliti masyarakat kita. Mentaliti `perempuan perlu melayan lelaki’ ini nampaknya masih menebal dan meluas. Kalau 20 tahun dahulu, ceramah agama menekankan kepada keperluan isteri melayani suami sebaik-baiknya, itu dapat diterima. Mentelah pula, pada masa itu, rata-rata penceramahnya adalah lelaki. Tetapi, pada tahun 2004 ini, bila anjuran yang sama masih dibuat, malah oleh penceramah wanita pula, saya merasa sedih dengan hala tuju masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini.

Melayan suami memang menjadi tanggungjawab isteri. Tiada seorang wanitapun, khususnya wanita Islam, yang tidak tahu tentang hal ini. Di rumah, sejak kecil lagi anak perempuan melihat cara ibunya melayan bapa. Dari sini mereka belajar tentang peranan seorang isteri. Bukan itu sahaja, anak perempuan juga dibesarkan dengan fahaman bahawa mereka perlu melayan adik-beradik lelaki. Siapkan makan, lipatkan baju, kemaskan meja dan segala-galanya.

Mentaliti perempuan melayan lelaki ini terbawa-bawa dalam persekitaran pejabat. Dalam mesyuarat, wanita yang mesti berkhidmat kepada lelaki. Dari menutup pintu mesyuarat, mengambil minit, menutup atau memasang suis lampu dan sebagainya. Malah, dalam majlis-majlis tertentu, wanita juga yang membawa buku cenderamata untuk diberi kepada VIP atau membawa penggelek untuk mengeringkan dakwat pen selepas menandatangani MOU. Oleh kerana berjayanya proses penanaman fahaman ini, saya kira, cukuplah didikan seumpama itu.

Wanita tidak melayan suami bukanlah satu isu yang kritikal dalam masyarakat kita di abad ke-21 ini. Ada isu yang lebih besar lagi dalam hubungan keluarga, khususnya keluarga Melayu Islam. Misalnya, suami yang lepas tangan terhadap nafkah keluarga hanya kerana isteri bekerja, ayah yang tidak memberi nafkah anak-anak selepas bercerai, keibubapaan yang kurang penglibatan bapa, isteri-isteri yang digantung tidak bertali dan sebagainya. Kini bukanlah masanya untuk memberi penekanan kepada keperluan isteri melayan suami.

Kini adalah masanya untuk mengingatkan kaum lelaki tentang peranan mereka memelihara wanita, bukan semata-mata menerima layan kelas pertama dari wanita. Tidak dinafikan bahawa isteri wajib melayan suaminya. Namun, hubungan rumah tangga bukanlah jalan sehala. Sebagai manusia, wanita juga perlukan layanan yang mesra dari suami.

Sikap timbal balas amat penting dalam hubungan suami-isteri seperti maksud ayat 187, Surah al-Baqarah, yang bermaksud, Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian buat mereka. Tetapi usaha untuk memantapkan hubungan suami-isteri sering kali ditujukan kepada wanita, sedangkan Allah berfirman dalam surah an-Nisaa, ayat 19, khusus untuk lelaki yang bermaksud, Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.

Malangnya, kita tidak mendengar seruan ini sekerap mendengar nasihat supaya isteri menyambut kepulangan suami dengan berhias cantik dan senyuman yang manis. Apa yang lebih malang, adab menyambut suami ini masih ditekankan di zaman wanita sama-sama keluar bekerja dan dalam banyak kes, pulang ke rumah pada masa yang sama dengan suami!

Ketika Haji Widak, Rasulullah s.a.w. juga berpesan yang antara lain bermaksud, Bertakwalah (takutlah) kepada Allah dalam urusanmu dengan wanita. Mereka berada dalam pemeliharaanmu. Kamu telah mengambil mereka sebagai amanah dari Allah dan mereka dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah. Akhlak yang baik terhadap mereka bukan hanya bermaksud tidak menyakiti dan menganiaya mereka tetapi juga menanggung segala kesusahan, bersabar dan mengikut contoh Rasulullah s.a.w. (Riwayat Ibn Majah. Diterjemah dari rujukan Inggeris).

Walaupun hadis ini sahih, tetapi, amat jarang kita mendengar hadis ini dikupas oleh penceramah agama. Sebenarnya, banyak lagi hadis yang menekankan kepada tanggungjawab lelaki dalam memelihara hubungan kekeluargaan. Namun, ia jarang diketengahkan. Mungkin kerana dalam ceramah yang khalayaknya lelaki, isu rumah tangga, jarang disentuh kerana, sekali lagi, fahaman yang berakar umbi bahawa rumahtangga adalah domain wanita.

Jadi, hanya ayat-ayat atau hadis-hadis yang menekankan tentang tanggungjawab wanita sering diketengahkan manakala ayat-ayat dan hadis-hadis yang menekankan tentang tanggungjawab lelaki terhadap rumah tangga terus terkubur dari pengetahuan umum.

Demi hubungan kekeluargaan, khususnya hubungan suami-isteri yang lebih adil dan produktif di masa depan, utamakanlah penyebaran dan penerimaan ilmu yang lebih seimbang. Memang benar, maklumat yang sensasi dapat menarik perhatian, tetapi maklumat yang sebenar, dapat mengubah minda dan hala tuju masyarakat. Sumber: www.ikim.gov. my & Utusan Malaysia 23/04/2004

Epi BeStDaY 2 mE (setahun dah berlalu)

November 29th, 2007 by 2bme

its my birthdaay!!! (again). do i really need to count my age, each year?… well now i m 23…nothing much change..(should i do any changes?) the environment howeva, did change..(i still luv d old one) my hope?my dream? hmmmm i hope dat i can leave diz world (one day) with peace and with sumthing dat benefit my luved ones (of course my mum n family) i m pretty sure dat only em deserve my luv n attention, until my last breath… sounds like upset huh? ;) life never ever fair to us..let it be..

Kawan KAWIN kawan KAWIN ;)

November 8th, 2007 by 2bme

banyaknye jemputan kawin…

kawan2 ku kawin…..

TAHNIAH…

nampaknya sorang2 kawan aku ilang….

aku tumpang bhgia…and harap2 berkat korang kawin, aku leh gak jumpa calon aku nanti… ;)

kawan2, SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!!

-buat faizal n pasangan, erin n pajai, masyuhaida n pasangan, usop n pasangan, maslizawati n pasangan

dan jugak awin n anep(akan datang) ;)

LIFE

November 8th, 2007 by 2bme

9 Nov 2007…

its been a while…

time flies… but i still can feel the sweet memories of the past…d pain and loneliness…

thank Allah, as i still here, facing this cruel world with all hopes and dreams

smile and laugh

no matter hard and tough

a LIFE is

PEDIH

January 23rd, 2007 by 2bme

Bukan kecewa dipinggirkan
Aku kecewa tiada kejujuran
Bukan bersedih disakiti
Teramat pedih diri dikhianati

Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini

Bila tiada kesetiaan
Tak mungkin teguh pendirian
Biar menangis di ketika ini
Tidak rela menangis
Kemudian hari

( korus )
Hilang kekasih mungkin berganti
Yang ku harapkan teman sejati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini

Ho..ho..ho..
Ho..ho..ho..
Teman sejati

Ho..ho..ho..
Ho..ho..ho..
Berpisah di sini

teman sejati

January 23rd, 2007 by 2bme

bgtau aku apa itu teman..hilang saat kita mencari dan datang saat dia sepi..atau mgkin berpaut sebentar pd kita sblm bergayut pada dahan yg lain..atau mungkin yang datang dan pergi sesuka hatinya…atau yg mugkin akan ketawa bersama dan ghaib waktu kita berduka..berikan ku pengertian teman..kerana semakin aku mencari,semakin jauh aku dr pengertian itu…sehingga aku jd semakin tak mengerti..dan mungkin kini..aku TAK MAHU LAGI MENGERTI…

cEmBuRu…(tanda sayang?)

January 23rd, 2007 by 2bme

cemburu..atau nama glamernyer jeles…sume org cemburu..tanda syg ke?ye ke?dlm konteks aku, skang ni aku memang cemburu..cemburu kat kawan2…dah kawin…hepi..mEH dah kawin,ErIn diz november..tgk senangnya depa mencorak hidup, dan bhgia..aku jeles gak…bkn senang nak cari org yg suit kita dan yg paling penting diterima pemili kita..takkan nak jd cam cite ibu mertuaku kan..merana smpai buta sbb kahwin tak direstui..tu lah..ALLAH mudahkan jalan kwn2 aku..senang depa kahwin..jd, kalau aku cemburu, tandanya syg jgk ke?tak kot…tandanye mmg jeles la…huhuhu(merepek2 aku ni.ntahapa2ntah)

hAri BaRu(?)

November 30th, 2006 by 2bme

saLammmm

hEpi Best dAy SOLEHAH NORATIKAH BINTI ISMAIL….dah 22 tahun….

apa yg aku buat slama 22 thn ni?hmmmm….entahlah.cepat sgt masa berlalu..lakaran kanvas putih 22 thn dulu skang ni dah jd mcm2 warna…ntah2, tanpa aku sedar warna hitam lagi menyerlah dari warna lain..

mcm biasa..nothing special on my b.day..mcm biasa.dan aku pn tak expect somethg special..dah tua2 ni..dah jd tak kisah..tp terharu gak bila anak murid aku buat kad,bg pen…comeyyy sgt..kalau diorg bg BATU pn aku kata comey tau..hehe

bila aku jd cikgu?ha…jgn tak tau..aku ngaja tuition skang ni..benda ni je la yg buat aku rasa spesel….sbb aku ada murid2,ada makbapak yg dok rely kt aku…rasa ada tggjawab…dah lama dah jd ckgu secara tak lgsung nih…hehe

semoga Allah hidup dan matikanku dlm iman, dlm islam, dalam keadaan terhormat dan bkn sebaliknya..Amiiinnn

buat kwn2 yg wish aku,thanx a lot.yg tak wish pn thanx gak..aku tak kisah… ;) aku pn tak ingat hari jd org…hehe